Friday, November 20, 2009

Setinggi-tinggi bangau terbang....



Adushhhhh......awat kena tampaq pulak ni? Oh tuhan, why is the? Awat kena tampaq di khalayak ramai ni? Huuuuuuuuuu.....murid-murid sekelian, ni aksi kandid yang diambil sewaktu Fendiosman khusyuk bergosip dengan cikgu Fendiosman waktu sekolah menengah dulu. Tak sangka pulak kandid nampak macam kena tampaq! Seingat Fendiosman, sekali saja Fendiosman biasa kena tampaq, tu pun waktu darjah 5 pasal tak hafal sifir 8. Malu tau kena tampaq, tapi sebab malu tu la Fendiosman jadi apa yang Fendiosman jadi sekarang.


Satu masa dulu Fendiosman pernah mendiami kawasan ni. 5 tahun. Bukan sekejap ya murid-murid! Teringat waktu hari pertama dicampak. Jauh datang dari utara, tiba-tiba terputus hubungan dengan Mama dan Arwah Baba. Ditinggal dengan suasana dan rakan-rakan baru. 'Sakit Rumah' tu memang la perkara biasa. Kena buli dengan senior tu perkara biasa la, tapi semua tu mendewasakan Fendiosman. Bumi Kajang ni memang banyak mendewasakan Fendiosman. Dari Disember 1992 hinggalah sekarang, rasanya tempoh Fendiosman bermastautin di Kajang lebih lama dari masa yang Fendiosman habiskan di negeri tanah tumpah darah Fendiosman.


Tak sangka pulak, Fendiosman dijemput untuk menjejakkan kaki semula ke sekolah, untuk yang tak tau, Fendiosman ni dulu belajar di SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG, salah sebuah sekolah berasrama penuh di Malaysia. Zaman Fendiosman dulu memang orang kata tiptop la sekolah ni. Tempat menghimpunkan excellent students creme de la creme katanya. Setanding dengan sekolah-sekolah elit lain. Ranking dalam negara, biasanya dalam top-10. Kali ni Fendiosman melibatkan diri menjadi Fasilitator untuk adik-adik tingkatan 5 yang nak ambik SPM. Budak-budak ni lahir tahun 1992, sama tahun dengan Fendiosman jejak kaki ke SMAPK. Tudiaaaahhh.....apakah ertinya? Fendiosman sudah kertu? Atau........


Program ni part of program Sirih Pulang Ke Gagang yang memanggil pulang alumni dari SPM1990 hinggalah yang terkini, SPM2008. ANADI SMAPK katanya, ANAk DIdik SMAPK. Terus terang, Fendiosman berbangga jadi sebahagian daripada ANADI ittewww, dan Fendiosman tak malu untuk berkata yang Fendiosman pernah menuntut di situ. Walaupun jaman sekolah dulu Fendiosman agak skema, dan nerd kata teman-teman sebatch. Tapi.......di sinilah tempat Fendiosman menuntut, menghabiskan sebahagian dari usia remaja Fendiosman. Buruk busuk manis masin tu semuanya mengajar Fendisman erti kehidupan.


Bab mengelola LDK untuk adik-adik SPM ni, terus terang adik-adik tu kagum dengan senior diorang. Ya la, sekolah Fendiosman takde la tua macam ada OBA OBA PUTERA PUTERA maupun AL AL, tapi dengan pencapaian sedia ada, Fendiosman pun rasa berbangga. Kembang kejap idung ni! Mula la menceritakan kisah-kisah lama kepada adik-adik, di samping memberi semangat dan harapan untuk adik-adik ni menduduki peperiksaan yang menjadi tiket untuk menjejakkan kaki ke Menara Gading. Sekarang ni SMAPKAJANG tergolong dalam sekolah cluster, yang menjadi tumpuan dalam bidang Memanah, Debat, Nasyid dan Kepimpinan. Ehmmm...no wonder ramai ex-SMAPKAJANG jadi PTD! Motif? Hahahahahaha


Ada satu acara tu, heh.....memperkenalkan alumni kepada adik-adik yang ada. Kau berani kelek anak pastu bercakap macam abang ni? Nama saya Yada Yada Yada, kerja Engineer.....Anak sudah 3! Hmmm...memang berjaya sangat! Fendiosman? Takat anak tekak je la kan!


Antara alumni yang ada termasuklah kumpulan SAUJANA. Errr..korang abaikanlah apa yang korang terperasan dalam OIAM ittewwwww. Pada hemat Fendiosman, masa beredar, orang memang akan berubah. Termasuklah Fendiosman yang menjadi kabaret pada masa menuntut di Menara Gading. Masing-masing dengan hala tuju tersendiri. Ada yang jadi dokter (haaa...yang ni memang jadi tumpuan la, baik cikgu baik adik-adik superduper junior), ada yang jadi engineer, ada yang jadi PTD (PTD tu apa? Pitemmmmm bila ditanya soalan macam tu setelah memperkenalkan diri kat adik-adik), ada jugak yang jadi artis (Termasuklah Saujana dan Vokalis kumpulan Sonar), macam-macam adaaaa.


Tapi dalam menjadi apa yang Fendiosman dan Anadi yang lain jadi sekarang, sudah pasti ada yang bertungkus lumus memastikan kami berjaya. Kena herdik kena hempuk (mind me, budak-budak sekarang tak boleh lagi buat macam tu...nanti parents serang guru!), dan rasa Fendiosman, para pendidik ni lah yang paling berbangga bila melihat Anadi mereka berjaya. Memang Fendiosman sangat berterima kasih kepada mereka.


Hmmm..harap tahun depan ada la lagi event macam ni. Di samping memeriahkan suasana, berjumpa dengan sahabat yang ada, dapat jugak menambah lagi jaringan persahabatan. Mana tau, kalau dulu kawan-kawan tak suka, tetibe dapat diterima setelah sekian lama? Dan kalau boleh, lepas ni nak buat yang veri der grand, sebagai bukti yang SMAPK memang dah berjaya melahirkan Anadi yang benar-benar berkualiti!

Thursday, November 19, 2009

Syukur...dah lulus!


Haaaa..melompat kegembiraan katanya! Tapi pasai pa tatau? Heh...kalau dulu dalam pengkisahan sebelum ni Fendiosman ada cerita pasai menduduki P**** yakni Pusat Penilaian Kompetensi yang aaaaaaamat stress sampai tak cukup tanah memikirkan, sampai terleleh-leleh buat karangan berbelas muka untuk memenuhi keperluan yang ditetapkan. Sama jugak la dengan kawan-kawan lain, berasap jadinya. Almaklumlah, dah jadi peserta siri pertama ni, memang la banyak persoalan. Sama jugak dengan waktu PAC pemangkuan gred 48 dulu. Ish....

Semalam ada la sorang kawan baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaik cemolot menelepon Fendiosman tatkala baru je pesawat mendarat dari aksi mengheret beg ke Sandakan memberitahu keputusan penilaian ittewwww dah keluar. Heh...seperais katanya! Kalau ikut kawan Fendiosman ittewwwww, dia dapat overall level 3. Teng teng teng....makanya Fendiosman ni pun sangat la nerbes. Pasai pa? Ya la, kalau ikutkan urusetia waktu taklimat dulu, kalau fail satu part dalam komponen, kena repeat the whole komponen. Kena la mai kursus lagi beberapa hari, kena la menahan mata mendengar ceramah, melenguhkan tangan menjawab soalan berjela-jela, memeras otak mengarang, menjulingkan mata membaca, dan segala 'me' lagi la

Dok kejap, Fendiosman memberanikan diri membuat panggilan ke Pejabat Agensi Pusat Tepi Tasik ittewwww untun mendapatkan keputusan Fendiosman. Tuuuuut.....tuuuuut.....tuuuuuttttt...

"Tepi Tasik Selamat Petang"

Lunak je suara yang menyambut

"Assalamualaikum. Encik XXXXXX ye? Saya Tariq dari Jabatan Joget. Bulan 8 dulu saya pergi P****. Result dah keluar ke belum ye?"
"Taaaaariq ye?"

"Ye saye"

"Tariq Affendi.....kejap ye...................."

dok kejap lepas tu....

"Untuk komponen generik dapat X, komponen functional dapat Y"

"Errrr...kalau macam tu kena ripit ke?"

"Tak abis lagi saya cakap ni encik.....keseluruhan dapat 3, kiranya dah lulus la tu"

Fuhhhhhhhhhhhhhh..lega!

"Terima kasih ye encik XXXXXX"

Haaaaaaaaaaaa.....lega dah lulus. Err....sebut pasal menelefon ni, ada la satu cerita pasal adab menelefon. Kalau waktu pejabat tu kira ok la lagi nak menelefon. Kisah seorang hamba Allah ni, walaupun dah pukul 6.20 petang tetap gigih nak tau keputusan P**** beliau. Encik XXXXXX ni dah nak balik rumah katanya. Sebab XXXXXX ni dah hafal nama sorang-sorang, terus la dia bagitau beliau ni lulus. Tapi atas dasar kiasu, tetap jugak hamba Allah ni suruh bukak komputer yang suruh dioffkan tu, nak jugak tau result dia.

Sebab profesional, XXXXXX ni bukak la jugak PC dia. Dah bagi tau result, hamba Allah ni sibuk pulak nak tau result orang lain. Orang ni lulus ka orang tu gagal ka....kepoh betul. Isk..nasib la XXXXXX ni jenis bersabar walaupun rasanya hati beliau bengkek. Dilayan jugak hamba Allah yang kiasu ittewwwww. Nasihat Fendiosman, kita ni sama-sama penjawat awam, tengok waktu la nak kacau orang kat pejabat lain. Memang la orang kata service tu anytime kita kena bagi, tapi guna akai la. Kalau gred bawah ni takpa la jugak, ni gred dah kat atas. Hish....kena la hormat waktu orang lain. Lain kali toksah dok buat perangai huduh macam tu. Kita nak orang respek kita, makanya kita kena la respek orang lain. Betoi dak?


Heh...balik kepada cerita P**** ittewww, Fendiosman syukur sangat sebab berjaya melepasi walaupun pada aras minima dengan pertama kali menduduki. Kalau TK1 dulu merasa jugak la merepeat, tapi kali ni lega sangat. Takmau pikir lagi dah. Ulang? Tengokla kalau ada masa dan ketika yang sesuai boleh la nak buat lagi. Tapi pengalaman 10 hari kat PICC tu kuat mengatakan, tak payah la ulang lagi. Cukup dengan apa yang dah dibagi. Alhamdulillah. Syukur. Untuk kawan-kawan 334 clan yang dah pergi siri 2 bulan 10 aritu, semoga sabar menunggu keputusan. Untuk kawan-kawan 334 clan yang belum lagi pergi, good luck la ye. Fendiosman dah lepas......hiks! (*matila bongkak katanya). Untuk kawan-kawan yang nak menelefon orang tu, tengok-tengoklah waktu. Jangan la ikut perasaan kiasu lagi kepoh ittewww. Sesungguhya sabar itu indah! Kan kan kan?

Wednesday, November 11, 2009

Mencari Kembali Sanggulku


Tudiaaaaahhh....tajuk propa noh! Bila masa pulak ada sanggul ni? Rambut panjangkah? Adapun satu masa dulu memang la sanggul tu macam satu itenerary wajib kalau menjadi kabaret, tapi sejak tahun 2006, Fendiosman dah gantung sanggul tanda persaraan dari dunia kabaret ittewww. Cukuplah katanya. Makin hari makin tua. Umur dah masuk peringkat duduk atas stage tapi dah tak lawa. Kalau satu masa dulu memang la Seri Ponggong. Sekarang.....tidak lagi. Nak kata dah londeh tu.....tidak la. Tapi kureng sesuei lagi untuk menampilkan diri.


Tapi, minggu lepas dapat satu lamaran untuk buat cameo dalam satu produksi. Cameo saja.......takde lebih2. Kalau dalam cerita Cina kata, BERLAKON DEMI PERSAHABATAN. Ada la satu Bangsawan ni. Kisahnya melibatkan semua anggota Jabatan tempat Fendiosman mencari rejeki. Mula-mula ingat memang la dah tak terlibat. Sekali dimintak tolong. Kesian pulak produksi tak cukup watak untuk extraturn.


Extraturn tu menatang apa? Kalau dalam Bangsawan, waktu nak tukar props antara scene, akan ada persembahan untuk menghiburkan penonton. Dalam persembahan ni akan ada nyanyian dan tarian untuk para penonton. Haaaaa....start hari Isnin lepas, gigihlah Fendiosman mulakan kembali latihan setelah sekian laaaaaaaaaama tak menggoyangkan ponggong. Gambar kat atas ni jaman Fendiosman gigih mempertaruhkan masa depan. Dialog teater mana tatau?


Haaa...rasakan, bila dah lama tak gerak, rasa sangat kekerasan ittewwww. Tambah pulak, Fendiosman ni majoring untuk Tarian Asli, makanya bila kena buat versi rambu ramba ni agak slow, dan agak tidak chantekk jika dibandingkan dengan kategori Irama Malaysia. Tapi sebab persahabatan dan jugak sebab-sebab yang tak dapat dihuraikan, Fendiosman cuba jugak. Mujurlah ada lagi sentuhan beat tu walaupun posture dah out. Kira cepat la jugak pikap. Heh....


Semalam, hari ni, esok, lusa dan seterusnya sampailah hari show, memang hari-hari kena prektis. Walaupun tak sehebat dulu, demi sebuah Bangsawan, memang Fendiosman cari balik sanggul yang dah lama Fendiosman gantungkan! Mana ya? Harapnya tak hilang la sanggul Fendiosman ittewwwwwwwww. Jadi kaum M di kalangan kaum B ni....kena la ikut cara kaum B. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau...laaaaariiik! Baru la orang respek! Tak gitu?